"Thought of the day"

"FOKUS boleh membakar.." - kata orang berjaya

- Kebanyakan orang boleh berjaya di bidang yang diceburi sekiranya mereka FOKUS kepada satu benda iaitu bidang yang diceburi. Cumanya ramai yang melakukan terlalu banyak benda dalam satu masa maka janganlah diharap pulangannya besar kerana bila tiada fokus maka hilanglah penumpuan minda, usaha dan tenaga yang amat diperlukan untuk menjana kejayaan yang cemerlang..

Wednesday, April 14, 2010

Shukur kita di Malaysia!

NCs,

Salam. Saya baru balik dari melawat Phillippine minggu ini dan Alhamdulillah shukur kerana saya dilahirkan di negara ini dan hidup di sini. Sesusah mana pun rakyat di sini jauh sekali jika dibandingkan dengan apa yang saya lihat di negara jiran itu. Sekarang baru lah saya percaya hidup di Malaysia memang mewah dan peluang yang ada di sini terlalu banyak terutama bila kita berada di industri unit trust ini. Pokoknya rajin dan usaha Insyaallah rezeki Allah di bumi ini sungguh tidak terhad. Ayuh! rakan-rakan semua jangan dipersiakan nikmat yang dikurniakan Allah ini. Kita rebut peluang yang ada kita cipta kemewahan selagi boleh di samping jangan kita lupa tanggung jawab pada yang maha Esa. Saya doakan kita semua terus berjaya!

No comments:

Post a Comment