"Thought of the day"

"FOKUS boleh membakar.." - kata orang berjaya

- Kebanyakan orang boleh berjaya di bidang yang diceburi sekiranya mereka FOKUS kepada satu benda iaitu bidang yang diceburi. Cumanya ramai yang melakukan terlalu banyak benda dalam satu masa maka janganlah diharap pulangannya besar kerana bila tiada fokus maka hilanglah penumpuan minda, usaha dan tenaga yang amat diperlukan untuk menjana kejayaan yang cemerlang..

Tuesday, June 29, 2010

Brainstorming @ K Kangsar 26/6/10 & Png 27/6/10

NCs,

Salam. Tahniah diucapkan kepada MFAM Razak, MFAM Ust Ahmand Shahimi dan pemimpin-pemmpin utama agensi mereka kerana berjaya mengendalikan sessi brainstorming yang cukup bernilai di Kuala Kangsar & Butterworth branch pada 26&27 Jun lepas. Bukan sahaja itu, dijamu pula oleh tuan rumah Abuya Razak dan tidak kurangnya juga di Penang Restoran Pelita - the best nasi kandaq!

Banyak idea-idea baru yang tercetus di antaranya ialah menjual konsep simpanan di hari tua dan berterusan menabung secara aktif sekurang-kurangnya 5 tahun untuk mengambil peluang daripada pasaran yang turun naik. Cara lama menjual prestasi dana dan brand perlu diubah setelah kita mempelajari sesuatu yang tidak ternilai dari kejatuhan pasaran ekuiti yg lalu yg menyebabkan prestasi dana tidak seperti unjuran yg kita paparkan kpd para pelabur. Di samping itu juga kita perlu pertingkatkan jualan EPF yang masih jauh terbuka luas di samping memberi servis yg lebih berkesan kepada pelabur dan banyak lagi pendekatan lain yang dikongsikan bersama (sila kongsikan kepada DL2 anda mengenai apa yg diperbincangkan)

Saya amat yakin Insyaallah selepas ini dengan perubahan dan idea2 baru yang ditemui jualan agensi kita akan melonjak pada satu tingkat yang sungguh membanggakan dan akan melahirkan peserta-peserta yang layak ke New Zealnad utk Challange Trip tahun depan di samping peningkatan yg sungguh manis dari segi perolehan dan pendapatan ke dalam bank acc masing-masing!

Teruskan perjuangan!

Amin Yahya
28/6/10

No comments:

Post a Comment