"Thought of the day"

"FOKUS boleh membakar.." - kata orang berjaya

- Kebanyakan orang boleh berjaya di bidang yang diceburi sekiranya mereka FOKUS kepada satu benda iaitu bidang yang diceburi. Cumanya ramai yang melakukan terlalu banyak benda dalam satu masa maka janganlah diharap pulangannya besar kerana bila tiada fokus maka hilanglah penumpuan minda, usaha dan tenaga yang amat diperlukan untuk menjana kejayaan yang cemerlang..

Wednesday, November 24, 2010

Pengajaran utk semua..

Salam utk kesemua NCs yg dikasihi,

Kita dikejutkan pagi tadi 24/11/10 dgn pemergian seorang teman setia, baik & berperibadi mulia - Noraina bt Mohamad(MFAS-Bangsar)33 thn dijemput pulang ke rahmatullah dlm keadaan tergempar dan tergesa-gesa tanpa isyarat awal. Tiada tanda-tanda sakit yg meruncingkan cuma sakit2 badan, dan sakit2 biasa tetapi dikenalpasti hari ini oleh pakar doktor sebagai serangan jantung. Itulah ajal..

Saya berdoa semoga rohnya berada di tempat mulia di sisi Allah & kita patut belajar agar sentiasa berbuat baik, menjauhi angkara2 mungkar dan bermaaf-maafan antara satu sama lain sebab hidup kita pun mungkin tidak panjang. Entah esok atau lusa kita pula menyusul pergi. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon ampun dan maaf kepada anda semua atas apa jua kesalahan saya sebelum ini samada sengaja atau yg tidak disengajakan. Sebarang hutang piutang minta diberitahu kalau boleh utk dijelaskan sepenuhnya. Sama-sama kita bersangka baik, sayang menyayangi dan berganding bahu semula utk meneruskan perjuangan yg masih belum selesai di alam ini - mencari rezeki yg berkat & halal utk keselesaan di dunia ini sebelum kita jua dijemput pulang ke destinasi terakhir kita..

Mohon ampun & maaf sekali lagi dan utk anda yg berminat utk mendermakan apa jua yg ikhlas kepada keluarga Allahyarhamah Aina sila bank in ke acc ini (PBB current 399 338 8419 - Mohd Amin bin Yahya). Insyaallah akan disampaikan dlm beberapa hari lagi.

Terima kasih atas sumbangan ikhlas anda.

Amin Yahya
24/11/10

No comments:

Post a Comment