"Thought of the day"

"FOKUS boleh membakar.." - kata orang berjaya

- Kebanyakan orang boleh berjaya di bidang yang diceburi sekiranya mereka FOKUS kepada satu benda iaitu bidang yang diceburi. Cumanya ramai yang melakukan terlalu banyak benda dalam satu masa maka janganlah diharap pulangannya besar kerana bila tiada fokus maka hilanglah penumpuan minda, usaha dan tenaga yang amat diperlukan untuk menjana kejayaan yang cemerlang..

Wednesday, June 15, 2011

Imbasan NSC & Challenged Trip NZ 2011

Networth Consultants,

Salam. Saya rasa bersyukur dan gembira kerana pada NSC dan Incentive Trip tahun ini (utk 2010) diwakili dgn lebih ramai peserta. Selain saya - Tg Juhanis, Amri, Ust Rosli & Balkis. Saya berdoa agar Allah melapangkan dada & fikiran kita agar kita boleh bekerja lebih gigih tahun ini dan layak ke NSC & USA challenged trip tahun depan dgn lebih ramai peserta lagi.

Dalam pengamatan saya di New Zealand - utk menjadi TOP producer di Public Mutual tidaklah sukar. Tidak memerlukan pengetahuan teknikal yg mendalam kerana ramai yg saya temui hanya berbekal dgn jiwa dan semangat besar semata-mata iaitu utk mencapai dan berjuang bagi kehidup yg lebih selesa, kekayaan atau kepuasan jiwa. Mereka bekerja keras! aktiviti harian sentiasa penuh dgn temujanji dgn prospek pelabur dan klien. Mereka cukup suka MENJUAL malahan ketagih dan sentiasa nak jumpa orang menjual! Target jualan yg ditetapkan jauh lagi tinggi dari org kebiasaan minima RM1 juta jualan sebulan! mereka juga berdisiplin tinggi utk melakukan aktivit jualan tanpa disuruh atau dipaksa oleh sesiapa! Ada yg tidak pun disokong oleh upline dgn baik tetapi mereka mencari jalan sendiri utk lebih mahir dan terus menjual tanpa menyalahkan orang lain kerana mereka faham perniagaan ini adalah perniagaan mereka sendiri.

Saya rasa begitu kerdil di New Zealand kerana banyak dirasakan kekurangan dari segala bidang. Namun, saya tetap gembira kerana masih mempunyai kecekalan jiwa ditemani dgn agent2 yg mempunyai semangat juang mahu meneruskan perjuangan dengan saya dan Insyaallah tahun ini akan menjadi tahun terbaik utk Networth Consultants! Saya percaya lebih ramai lagi yg akan turut mahu dan seronok utk bekerja keras dgn kami semua kerana pasang surutnya perniagaan adalah biasa - tetapi selagi kita tidak mengaku kalah pasti ada kemungkinan kita akan bangkit semula dgn lebih HEBAT & BERSEMANGAT!

Selamat maju jaya!

Amin Yahya

Challenged Trip New Zealand 2011

Challenged Trip New Zealand 2011

Challenged Trip New Zealand 2011

Challenged Trip New Zealand 2011

Challenged Trip New Zealand 2011

Challenged Trip New Zealand 2011

Dinner 2011

Dinner 2011

Dinner 2011

Dinner 2011

NSC 2011

NSC 2011

NCs TOP Personal Sales Producers (May 2011)