"Thought of the day"

"FOKUS boleh membakar.." - kata orang berjaya

- Kebanyakan orang boleh berjaya di bidang yang diceburi sekiranya mereka FOKUS kepada satu benda iaitu bidang yang diceburi. Cumanya ramai yang melakukan terlalu banyak benda dalam satu masa maka janganlah diharap pulangannya besar kerana bila tiada fokus maka hilanglah penumpuan minda, usaha dan tenaga yang amat diperlukan untuk menjana kejayaan yang cemerlang..

Tuesday, September 13, 2011

NC'sTOP producers August 2011

Networth Consultants Teambuilding 15-16 October 2011

Masa yang cemburu..

NCs,

Selamat Hari Raya! sementara kita masih lagi di bulan Syawal ini. Begitu pantas masa berlalu seakan terasa kita baru sahaja melangkah ke tahun baru di tahun 2011 sedangkan kini kita sudah hampir ke suku terakhir 2011. Seperti yang diingatkan sebelum ini - jangan "SLOW DOWN"! Walaupun anda telah mencapai sasaran tahun ini - nasihat saya jgn perlahankan gerak keja & motivasi diri anda di akhir tahun. Kekalkan kelajuan malah kalau boleh tingkatkan kelajuan! - capai lebih banyak lagi jualan persendirian dan kumpulan agar kelajuan ini tadi melimpahi ke tahun hadapan iaitu anda tidak sejuk seperti kebanyakan orang yang rehat2 dan santai2 di hujung tahun untuk memulakan sessi perniagaan di awal tahun. Perniagaan kita sangat berkait rapat dengan momentum - nak dapat momentum itu agar sukar tapi bila sudah dapat jangan perlahan!

Bagi yang belum mencapai teruskan usaha dalam 3-4 bulan ini. Masih ada masa untuk anda melakukan sesuatu. Capaikan quota untuk NSC dan trip pelancungan dan ajak agent2 anda melakukan yang sama. i-pad challenge yang diperkenalkan adalah satu platform yg baik untuk bekerja dalam satu pasukan (walaupun berlainan upline). Beri galakan sesama sendiri dan terus mara untuk pencapaian terbaik peribadi anda untuk tahun ini.

Selamat maju jaya!